Welcome To Nurul Nadirah Official Blog

people :]

Thursday, November 4, 2010

ouhh.setelah saya kebosanan saya baca blog anda yg sentiasa terupdate.hha.saya sgt tertarik dgn stu post anda dlm bykbyk post yg anda post *ayt keling kejap.
cerita anda tdk tahu dipetik atau direka*unknown.ouh sungguh syahdu sekali.
pehh.dah ikut ayt jiwang kau.
btw bro , ily so STRONG fka~

the post ;

satu matlamat dan hubungan macam tunggu bas. semasa kita menunggu bas, akan ada hujan, ribut, panas terik, angin kencang dan juga puting beliung.. kita sabar dan masih setia menunggu bas.

then satu bas datang, kamu tanya, "nak g mana geng?"
orang dalam bas jawab, "nak g depan tuuu je dik"

kamu geleng kepala. not my destination. then kamu duduk, tunggu bas lagi. bas satu lagi datang, kamu tengok, bas tu penuh dengan orang. 

uiisshhh.. tak kuasa nak berhimpit. jadi kamu biar bas itu berlalu pergi.
then ada bas satu lagi datang, kamu tanya nak g mana. driver jawab, "nak g pekan dik"
kamu fikir, okay la tu pegi pekan. dari pekan, boleh cari bas lain pergi destinasi. 

then kamu naik. dah sampai pekan, kamu tunggu bas lain. dan kamu tunggu. dan tunggu.. dan tunggu.. dan tunggu.. sampailah bas yang sesuai untuk kamu datang, bawa kamu ke destinasi, baru rasa tenang dan syukur.

so, matlamat dan hubungan ni macam tunggu bas. you wait and wait and wait. kadang kala ada lelaki atau perempuan datang dalam hidup, tapi tak sama destinasi dengan kamu. kadang kala lelaki atau perempuan yang datang, penuh dengan pelbagai hal lain. jadi kamu lepaskan sahaja sebab tak nak berebut. kadang kala hubungan kita dengan lelaki atau perempuan itu sebentar sahaja sebab dia bukan 'orang nya', tapi dia hanya membantu kita makin hampir dengan matlamat sebenar.